Total Pageviews

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya hampir tiba.Esoklah.Malam ni masih sibuk.Pulang dari sekolah pukul 12.30 malam.

Kenapa begini?

Emmm.... macam-macam lah.Pasal nak buat Iktifal sekolah(perayasn sekolah).Ikhtifal ini buat kali pertama.Penat juga rasanya.Dua minggu ni jadi tak keruan.Balik dari sekolah sampai ke malam.Meneman suami yang keseorangan.

Dia memang suka kerja sendirian.Katanya lebih mudah menumpukan kerja kalau sendirian.Ramai orang banyak kerenah.Kalau gotong royong.Yang memerhati lebih ramai daripada yang bekerja.

Tapi saya tak kisah.Janji dapat bersama suami.Walau pun hanya sekadar meneman dia bekerja.Hati tidak sunyi dan sepi.Lebih resah kalau tidak mengetahui.Apa yang dia lakukan di luar rumah

Tuhan maha kaya.Datang sepasang suami isteri turut membantu.Kepada mereka dapat bercanda.Sambil bekerja.Si suami kawan tu, ketua kampung.Memahami tanggung jawap dalam kemasyarakatan.

Apa ceritanya?Puncanya jadi sibuk bekerja.Sampai ke malm ni...Tak ada ke orang membantu?

Sebenarnya ada.Sikit-sikit.Biasa la.Kerja susah orang suka mengelak.Akhirnya kita terpaksa mengalah.

Majlis nak jemput orang besar.Tahap VIP pulak tu.Ibu bapa pelajar dan masyarakat sekitar pun dijemput.Tak dapat nak jangka, ramai atau tidak yang hadir.Yang nyata.....letih..letih.

Apa yang ku dengar dalam bisikan hatiku?
1. Ramai orang banyak cakap tapi kurang bekerja
2. Ramai orang suka menilai dan memandang dari jauh tetapi tidak membantu
3. Ramai orang suka mengambil jalan selesa,iaitu mengelak.Tetapi akan mengaku dia yang melakukan walaupun kerjanya...emmm entah apa-apa.

Benar...kawan senang mudah dicari.Kawan semasa susah bagaikan mencari mutiara di pasir.
Kadang-kadang bisikan hati macam nak marah.Tapi ingat tuhan kembali tenang.
Allah menjadikan kita dan Allah jua menjadikan perbuatan kita.
Semuanya ujian.Tapi seronok juga.

1 comment: