Total Pageviews

Sunday, March 27, 2011

Orang kata

Orang kata mungkin betul.Mungkin tak betul.Mungkin kebetulan.Mungkin membetulkan.Tak mungkin betul.

Orang kata kita suka.Mungkin tak suka. Kemungkinan tak suka. Memang suka orang.Atau suka-suka.

Orang kata.Kata orang.Kata kita.Kata kita orang.

Boleh pakai ke kata orang?

Boleh.Tak boleh.Tak berapa boleh.Boleh tak..

Boleh jadi betul.Boleh jadi salah.Boleh jadi kedua-duanya sekali.

Nak ambil hati ke kata orang?

Nilai sendiri.Tak boleh.Boleh

Tak dengar kata orang?

Boleh.Tak boleh.Tak tau

Kata orang

Mungkin fitnah.Mungkin kebenaran.Mungkin Jenaka.Mungkin propaganda.Mungkin rahsia.Mungkin buang masa.Mungkin saja-saja.

Kata orang.....cukup lah tu......kata saya.

Letih

Letih kalimah yang selalu orang kata.Letih membawa makna tak ada kekuatan.Atau tak larat.Atau lemah.Letih banyak erti.Antaranya:
1. Letih badan
2. Letih fikiran
3. Letih perasaan

Letih semua perlu kerehatan.Tidur ke.Atau relax.Santai le tu.

Ada juga letih ditafsir sebagai:

1. Malas
2. Kecoh
3. Muslihat
4. Kalah
5. Jenaka
6. Dll

Tapi ada orang yang tak tau letih.Bercakap pun kerap orang tak letih.Mendengar banyak orang letih.Berehat orang tak letih.Bekrja belum buat dah letih.Mengumpat orang tak letih.Mengaji orang mudah letih.Dan yang paling banyak orang letih ialah beribadat.

Cukuplah.Dah letih nak tulis.Takut letih puala nak baca.Ish...letih letih

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya hampir tiba.Esoklah.Malam ni masih sibuk.Pulang dari sekolah pukul 12.30 malam.

Kenapa begini?

Emmm.... macam-macam lah.Pasal nak buat Iktifal sekolah(perayasn sekolah).Ikhtifal ini buat kali pertama.Penat juga rasanya.Dua minggu ni jadi tak keruan.Balik dari sekolah sampai ke malam.Meneman suami yang keseorangan.

Dia memang suka kerja sendirian.Katanya lebih mudah menumpukan kerja kalau sendirian.Ramai orang banyak kerenah.Kalau gotong royong.Yang memerhati lebih ramai daripada yang bekerja.

Tapi saya tak kisah.Janji dapat bersama suami.Walau pun hanya sekadar meneman dia bekerja.Hati tidak sunyi dan sepi.Lebih resah kalau tidak mengetahui.Apa yang dia lakukan di luar rumah

Tuhan maha kaya.Datang sepasang suami isteri turut membantu.Kepada mereka dapat bercanda.Sambil bekerja.Si suami kawan tu, ketua kampung.Memahami tanggung jawap dalam kemasyarakatan.

Apa ceritanya?Puncanya jadi sibuk bekerja.Sampai ke malm ni...Tak ada ke orang membantu?

Sebenarnya ada.Sikit-sikit.Biasa la.Kerja susah orang suka mengelak.Akhirnya kita terpaksa mengalah.

Majlis nak jemput orang besar.Tahap VIP pulak tu.Ibu bapa pelajar dan masyarakat sekitar pun dijemput.Tak dapat nak jangka, ramai atau tidak yang hadir.Yang nyata.....letih..letih.

Apa yang ku dengar dalam bisikan hatiku?
1. Ramai orang banyak cakap tapi kurang bekerja
2. Ramai orang suka menilai dan memandang dari jauh tetapi tidak membantu
3. Ramai orang suka mengambil jalan selesa,iaitu mengelak.Tetapi akan mengaku dia yang melakukan walaupun kerjanya...emmm entah apa-apa.

Benar...kawan senang mudah dicari.Kawan semasa susah bagaikan mencari mutiara di pasir.
Kadang-kadang bisikan hati macam nak marah.Tapi ingat tuhan kembali tenang.
Allah menjadikan kita dan Allah jua menjadikan perbuatan kita.
Semuanya ujian.Tapi seronok juga.

Monday, November 15, 2010

Bisikan Hati

Bisikan hati tanpa suara.Tanpa bunyi.Tanpa huruf.Terasa di hati.Terbukti di anggota.Terpamir diwajah.Terasa dihati.Kadang kala pedih.Kadang kala tenang, Kadang kala bahagia dan ceria.
Aku cuma mahu bicara ....bisikan hatiku.Yang mungkin sama dengan anda.Atau sesiapa.
Mana tahu.Kita serupa.Rasa di hati.Suasana saja berbeza.Mungkin ada teladan.Atau sempadan. Yang kita boleh bicara.Atau sekadar berhibur.Mungkin buat mengubat hati luka...
Atau sekadar bercerita.Bicara hati.Yang entah apa-apa.
Terlalu luas gambaran di hati. Luas lagi bicara di hati.Mungkin jika dihitung.Beribu-ribu buah buku tak mampu.Membicarakan bisikan hati.
Adakah kita dapat bezakan...Bisikan hati dan bisikan syaitan.Bisikan nafsu syahwat dan akal fikiran.Mungkin mudah dikata.sukar untuk menjaga.Suara hati.Yang tak pernah kunjung jemu untuk berbicara.
Aku hanya sekadar membicarakan bisikan hatiku.Di kala kini.Kalau faham...tak mengapa.Kalau tak faham tak kisah.Mungkin itu bisikan hatimu jua......